Keajaiban Gamat

Gamat atau “Timun Laut” adalah sejenis hidupan laut yang hidup dan membiak di dasar lautan yang cetek di seluruh dunia.


Gamat adalah salah satunya spesis hidupan laut yang mempunyai sejarah yang sangat panjang dan dianggarkan hidup semenjak 600 juta tahun dahulu. Oleh kerana itu gamat telah digelar sebagai “Fossil Hidup” di lautan.


Di antara rahsia kenapa gamat tidak mengalami kepupusan berbanding spesis hidupan lain ialah kerana ianya telah dianugerahkan kuasa untuk membiak yang menakjubkan. Gamat telah dibuktikan mampu untuk membentuk semula sebagai gamat baru walaupun selepas dipotong kepada beberapa bahagian.
Ada terdapat lebih dari 1000 jenis spesis gamat yang terdapat di seluruh dunua, hanya lebih kurang 20 daripadanya boleh dimakan oleh manusia. 


Kelebihan Semulajadi Gamat  


1) Gamat mempunyai keupayaan untuk membentuk semula: Apabila gamat menghadapi ancaman, ia akan mengeluarkan mukus melekit atau “tubules” sebagai satu kaedah mempertahankan diri daripada musuh. Selepas melalui satu masa antara satu minggu setengah ke lima minggu, ia akan membentuk tubules yang baru. Pengeluaran mukus ini boleh juga diikuti oleh pengeluaran toksik yang di kenali sebagai holothurin dan boleh membunuh haiwan yang berada di sekitarnya. 


 2) Kupayaan lain: apabila gamat dipotong menjadi dua atau tiga bahagian, setiap bahagian akan mampu memperbaiki luka masing-masing dan membesar kepada gamat yang baru dalam masa tiga hingga tujuh bulan. 


 3) Kelebihan yang dimiliki oleh gamat: Walaupun berada di kawasan kekurangan oksigen atau terbenam di dalam lumpur selama beberapa hari, gamat masih lagi mampu untuk kekal hidup. Secara teorinya, memandangkan gamat boleh hidup walaupun dalam keadaan seperti ini, gamat dipercayai mempunyai kebolehan semulajadi untuk mengatasi masalah kekurangan oksigen dan ianya imun terhadap virus.


Fenomena di atas telah di jadikan buktikan bahawa gamat mempunyai kuasa merejuvenasi dan penyembuhan yang kuat. Pengalaman telah membuktikan bahawa ianya juga mampu menggalakkan rejuvenasi sel serta penyembuhan luka untuk kegunaan manusia.
Kajian saintifik juga telah membuktikan bahawa gamat mempunyai bahan-bahan nutrien dan ciri-ciri yang bermanfaat untuk tujuan perubatan.

Gamat telah lama dijadikan sumber makanan kesihatan dalam sejarah perubatan masyarakat Cina purba. Ianya dikatakan mempunyai ciri-ciri pemanasan and pemulihan yang baik seperti ginseng. Perubatan Cina mempercayai bahawa Gamat adalah di antara lapan makanan laut yang paling terbaik.


Di antara bahan-bahan rujukan yang di karang oleh Pakar Perubatan Cina yang membincangkan khasiat gamat adalah: “Five Miscellaneous Chopping Blocks”, “Supplement to the Compendium of Material Medica”, “New Compilation of Chinese Herbology”, “The Cookbook on Recuperation and Diet in Qing Dynasty”, “The Studies on the Medical Properties”, “The Origin of Herbology”.

Di Malaysia, gamat juga telah menjadi salah satu sumber perubatan masyarakat melayu tradisional sejak turun temurun sebagai bahan penyembuh luka terutamanya untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

Namun begitu, gamat dalam keadaan yang asal mempunyai bahan toksik dan bahan radikal yang tidak sesuai untuk badan jika diambil secara berlebihan.

Kajian terperinci berkenaanya hanya di lakukan pada tahun1990an oleh seorang professor Dato’ Professor Dr. Hassan Yaacob yang mendapat jolokan sebagai “Professor Gamat”. Beliau adalah saintis tempatan yang berjaya membuat penemuan bahan ektrak gamat yang dapat ditulinkan bagi mengasingkan toksik dan bahan radikal untuk menghasilkan serbuk GAMODULIN ® .

Produk-produk yang diformulasikan daripada tulenan gamat ini telah dikomersilkan secara besar-besaran dan mendapat pengiktirafan dunia di bawah jenama Healin. Kini, kita tidak perlu lagi mengambil gamat dalam bentuk rupa dan rasa asalnya yang tidak diproses dengan sempurna bagi mendapatkan khasiatnya. Sila lihat rangkaian produk-produk House of Healin di sini.



Category :